Want your
own Fotopage?







 
amal's FotoPage
Yayasan Amal Malaysia
By: Yayasan Amal Malaysia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 28-Sep-2008 03:10 Email | Share | Bookmark
Tazkirah Subuh Misi AMAL ke Sabah di Masjid Al-Hidayah

Akhwan Afandy di Kelana Jaya
Jamaah Masjid Al-Hidayah sedang khusyuk
Kuliah Subuh oleh Ustaz Akhwan Afandy
 
 
 
 
Hj Jamil & Hjh Puspa serah sumbangan kepada Akhwan Afandy
Ustaz Akhwan terima sumbangan dari wakil jamaah masjid
 
Akhwan & Hj Jamil sedang berurusan
 
Sebahagian sumbangan dari Jamaah Masjid Al-Hidayah
 
Hjh Puspa bersama Sukarelawan AMAL
Hj Jamil sedang terima maklumat dari wakil AMAL
28 September 2008, P.Jaya (AMAL) - Bulan Ramadhan adalah bulan untuk ummat islam berlumba-lumba membuat kebajikan dan amal soleh. Masyarakat di Kelana Jaya tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan untuk ummat Islam di kawasan pendalaman di Sabah yang kurang mendapat perhatian dari masyarakat luar. Hasil usaha Misi Dakwah ke Sabah oleh Ustaz Akhwan Afandy dan sahabat-sahabat dari Yayasan Amal Malaysia (AMAL) adalah tidak sia-sia. Dan ada usaha menjelaskan keadaan kehidupan khususnya ummat Islam di Sabah kepada masyarakat di Lembah Klang maka secara tidak langsung keinginan untuk membantu jelas kelihatan pada wajah masyarakat di sini.

Ustaz Akhwan telah memberikan tazkirah kuliah subuh di Masjid Al-Hidayah, SS3 Kelana Jaya atas jemputan pihak masjid melalui Sdr Azri, maka ramai jamaah masjid berpuashati dengan penjelasan serta pendedahan yang di buat oleh Ustaz Akhwan. Dengan bantuan tayangan multimedia jelas membuktikan usaha murni oleh delegasi AMAL ke Sabah adalah ikhlas untuk mambantu ummat Islam yang dhaif di sana. Menurut Ustaz Akhwan, ummat Islam di Sabah sangat memerlukan dakwah Islam bagi membolehkan mereka mempraktikkan serta melaksanakan tanggungjawab mereka kepada Allah swt.

Di samping itu, Tuan Hj Jamil serta Puan Hjh Puspa dari Kelana Jaya telah menyampaikan beberapa kotak besar berisi pakaian baru serta telekong untuk di sumbangkan kepada ummat Islam di Sabah. Pihak yang prihatin ini juga menyumbanagkan beberapa jumlah wang untuk tujuan tersebut. Semoga usaha serta keprihatinan tersebut dapat mengurangkan kedhaifan yang wujud di sana.

AMA2008



Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.