|
|
| Tuesday, 5-Aug-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sumbangan Bencana Narjis oleh Majlis Perwakilan Pelajar IPTA
|
|
|
5 Ogos 2008, K.Lumpur (AMAL) - Bencana Narjis terus mendapat perhatian dari masyarakat Malaysia kerana simpati terhadap mangsa-mangsa bencana ribut Narjis di Myanmar. Pihak Yayasan Amal Malaysia telah di jemput dan menerima sumbangan tersebut dari wakil Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka bersempena Majlis Konvokasyen Universiti Malaya 2007/2008 di Universiti Malaya, K. Lumpur pada 5 Ogos 2008. YDP MPP UM, Sdr Afandy Sutrisno Tanjung telah menyerahkan sumbangan tersebut hasil dari kutipan di kalangan mahasiswa dan telah menyerahkan kepada wakil AMAL, En. Jamuliddin Elias Presiden AMAL. Turut hadir bersama dalam majlis penyerahan adalah En. Azri Mohamad Arish Ajk AMAL Pusat, En Azraee Hj Harun Naib Pengerusi 2 AMAL Cawangan Selangor, En. Hj Mahmudin Hj Yusof Ajk AMAL Cawangan Selangor dan Sukarelawan AMAL Kak Ros.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 21-Jul-2008 22:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Program Kursus Penyembelihan di Semenyih
|
|
|
13 Julai 2008, Ahad, Semenyih (AMAL) - Kursus ini telah di anjurkan oleh Masjid Jamek Kg Pasir Baru, Pejabat Ahli Parlimen Hulu Langat, JAIS dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor. Program ini berjaya mencapai objektif dan mendapat penyertaan yang menggalakkan.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 6-Jul-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kursus Latihan Untuk Jurulatih Program SPIES Negeri Selangor
|
 |
|
Azri dan sebahagian Jawatankuasa Yayasan Amal Caw Selangor
|
|
 |
|
Pra Perbincangan modul
|
|
 |
|
Tidak ketinggalan bergambar kenangan
|
| | View all 29 photos... |
|
6 Jul 2008, Sabak Bernam (AMAL) - Alhamdulillah, Yayasan Amal Malaysia Caw Selangor telah tamat kursus latihan untuk jurulatih bagi melaksanakan program SPIES anjuran Kerajaan Negeri Selangor melalui Exco Pembangunan Modal Insan. Seramai 10 Sukarelawan dan Ahli AMAL Caw Selangor telah menjalani kursus tersebut yang berlangsung dari 4~6 Julai 2008 di ILDAS, Sabak Bernam.
AMA2008
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 1-Jul-2008 22:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Brainstorming SPIES Sukarelawan - Briged Amal Selangor
|
|
1 Jul 2008, Selasa (AMAL) - Suatu sesi brainstorming di kalangan AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor bersama YB Hjh Dr Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Jawatankuasa Induk SPIES atau Pembangunan Modal Insan Selangor telah berlangsung di Kelab Shah Alam Selangor bagi mendapatkan gambaran serta menyusun aktiviti yang perlu bagi peserta SPIES Sukarelawan yang akan di kenali selepas ini iaitu Briged Amal Selangor.
AMA2008
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 24-Jun-2008 22:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pusat Terima Bantuan Bencana Myanmar & China di Shah Alam
|
 |
|
Orang-ramai menyumbang untuk bencana alam
|
|
 |
|
YB Dr Ahmad Yunus sedang menerima sumbangan
|
|
| | View all 12 photos... |
|
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor (AMAL) di amanahkan untuk membuka pusat terima bantuan bagi Misi Kemanusiaan Bencana di Myanmar & China bertempat di Dataran Ushawan, Bangunan Darul Ehsan, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor. Kami telah menerima banyak sumbangan berbentuk pakaian, susu, beras dan barangan lain.
Kami juga menyediakan ruang pameran segala aktiviti AMAL.
www.amalmalaysia.net
|
|
|
|
|
|
| Monday, 23-Jun-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pembinaan Rumah Anak Yatim oleh Yayasan Amal Malaysia
|
 |
|
Rumah anak yatim bersebelahan masjid
|
|
 |
|
Perlukan banyak lagi bantuan
|
|
 |
|
Rumah 2 tingkat
|
| | View all 7 photos... |
|
Meulabuh, Aceh Barat (AMAL) - Kejadian tsunami yang melanda Aceh telah mengakibatkan ramai terkorban dan ada kanak-kanak yang hilang ibubapa. Oleh itu, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) dengan kerjasama Muslim Care telah berusaha untuk membina penempatan untuk anak-anak yatim tersebut di Kg Suak Timah, Meaulabuh, Kacamata Aceh Barat.
Bantuan masih lagi di perlukan kerana pembinaan tersebut masih berjalan dan memerlukan sokongan dari semua pihak.
www.amalmalaysia.net
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 22-Jun-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pembinaan Masjid di Kg. Suak Timah, Meulabuh, Aceh Barat
|
|
Meulabuh (AMAL) - Yayasan Amal Malaysia juga berusaha membina sebuah masjid di Meualabuh Aceh Barat. Pembinaan masih lagi berjalan dengan kewangan yang terhad dan masih lagi memerlukan bantuan orang ramai.
www.amalmalaysia.net
|
|
|
|
|
|
| Friday, 6-Jun-2008 02:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Misi Kemanusiaan Bantu Mangsa Gempa Bumi di China
|
 |
|
Hj Husin Ismail, Presiden AMAL sibuk membantu
|
| 00:00 |
|
 |
|
Sukarelawan AMAL menyusun atur ubat-ubatan
|
| 00:00 |
|
 |
|
Doktor sedang merawat mangsa gempa
|
| 00:00 |
| | View all 9 photos... |
|
Yayasan Amal Malaysia mulakan misi bantuan di Guang Yuan
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Pasukan perubatan dari Yayasan Amal Malaysia (Amal) yang tiba di Wilayah Chengdu, China kelmarin, diarahkan ke Guang Yuan sejauh 240 km dari situ mengambil masa kira-kira tiga jam setengah.
Penduduk di Guang Yuan sehingga kini belum mendapat bantuan perubatan, kumpulan Amal adalah yang pertama sampai di situ selepas kejadian gempa tempoh hari. Mereka mendapat kerjasama yang baik daripada imam masjid Guang Yuan yang dikenali sebagai Ariffin. Jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Salleh ketika menghubungi Harakahdaily berkata, penduduk di situ enggan memasuki rumah mereka ditakuti ada gegaran susulan memungkinkan mereka akan terbunuh.
Katanya, penduduk di situ rela tinggal di dalam khemah yang dipasang di kawasan rumah mereka yang terdiri daripada rumah kedai. Malangnya, kata beliau, penduduk terpaksa tinggal dalam keadaan gelap memandangkan bekalan elektrik terputus akibat gempa bumi berukuran 7.9 skal Richter baru-baru ini.
Katanya, kira-kira 1.3 juta penduduk di Guang Yuan 8,000 daripada mereka adalah umat Islam. Menurut Pengerusi Amal, Hussin Ismail, mereka tidak dibenarkan memberi rawatan perubatan kepada penduduk di luar kawasan masjid. Tambahnya, mereka juga digalakkan memberi rawatan kepada penduduk yang beragama Islam bagaimanapun mereka turut memantau penduduk yang bukan Islam.
"Kalau keluar, kami kena mendapatkan kebenaran daripada kerajaan," katanya yang juga mendapat kerjasama dengan pasukan Palang Merah China. Sementara itu menurut Koordinator Amal, Jamaluddin Elias, mereka disambut baik oleh penduduk setempat dan menurutnya lagi sehingga kini pihaknya telah memberi perkhidmatan kepada lebih 500 orang penduduk. "Kami telah menyerahkan ubat-ubatan bernilai RM60,000 dan bahan makanan asas bernilai RM30,000 kepada pasukan Palang Merah," katanya.
Selain itu katanya, Amal dan NGO yang menyertai telah mengadakan sesi kaunseling bersama-sama anak mangsa bagi menghilangkan trauma dan kesedihan mereka.
Turut menyumbang beberapa wakil NGO yang menyertai Amal, antaranya Wirda, Haluan, Pertubuhan Perubatan Ibnu Sina dan Persatuan Bermotor.
AMA2008
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 2-Feb-2008 05:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
AMAL di Bangladesh
|
 |
|
Bergambar ramai di hadapan Pejabat Islamic Aid Bangladesh
|
|
|
 |
|
Hj Hussin di Bangladesh
|
| | View all 4 photos... |
|
|
Yayasan Amal Malaysia telah ke Bangladesh pada 6 hb Disember hingga 12 hb Disember 2007 dengan seramai 17 orang Sukarelawan termasuk para doktor.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 28-Jan-2008 16:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Misi Korban di Banda Aceh, Indonesia Tahun 2007
|
|
|
Misi ini bermula pada 18-23 Disember 2007. Kebanyakkan ahli AMAL dari AMAL Pahang.
|
|
|
|