Want your
own Fotopage?







 
amal's FotoPage
Yayasan Amal Malaysia
By: Yayasan Amal Malaysia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Monday, 23-Nov-2009 13:00 Email | Share | | Bookmark
perkembangan pembinaan tube well di Palestine

Alamal Foundation of Malaysia representative Visit with Nusseira
Well Pumping Test
alhamdulillah...

pembinaan tube well untuk membantu mangsa2 peperangan di Palestine semakin menampakkan hasil...(^_^)
gambar2 ini adalah perkembangan terbaru pembinaan tube well ini walaupun AMAL tidak dapat berpijak di bumi Palestine tetapi projek ini tetap dapat dijalankan dengan jayanya...
Alhamdulillah..(^_^)

Care to comment?


Friday, 16-Oct-2009 01:57 Email | Share | | Bookmark
Misi Kemanusiaan Mangsa Gempa di Padang, Sumatera, Indonesia.

 
 
 
 
 
Pak Jamuliddin sedang melihat kemusnahan yang berlaku
View all 24 photos...
Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) telah menghantar beberapa sukarelawan melalui misi kemanusiaan mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. AMAL Malaysia telah beroperasi di Bandar Periaman, Kota Padang. Beberapa team telah di hantar ke sana termasuk Team Medikal (Pemeriksaan Kesihatan) & Team Teknikal (Water Tube Well).

Care to comment?


Thursday, 15-Jan-2009 15:16 Email | Share | | Bookmark
Misi Kemanusiaan AMAL ke Palestin

 
 
 
View all 4 photos...

Care to comment?


Wednesday, 14-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
MB Selangor sampaikan derma Kerajaan Selangor untuk Palestin

 
 

Ingin menjadi ahli Yayasan Amal Malaysia. Tue 17-Nov-2009 04:52
Posted by:Haslinah linazahir@gmail.com
Add comment


Sunday, 7-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Misi Kemanusiaan 2008 - Korban, Perubatan & Berkhatan

 
 
 
View all 6 photos...
Pada 7-12 Disember 2008, seramai 18 orang sukarelawan dari AMAL telah menyertai misi ke Kampuchea, di mana kali ini ia di ketuai oleh En. Azri menggantikan En. Jamuliddin Elias, Ketua Biro Kebajikan AMAL Pusat.

AMA2008

Care to comment?


Saturday, 8-Nov-2008 15:13 Email | Share | | Bookmark
AMAL Ziarah Ummat Islam BangsaMoro, di Mindanao, Filipina

 
 
 
View all 10 photos...

Care to comment?


Sunday, 28-Sep-2008 03:10 Email | Share | | Bookmark
Tazkirah Subuh Misi AMAL ke Sabah di Masjid Al-Hidayah

Akhwan Afandy di Kelana Jaya
Jamaah Masjid Al-Hidayah sedang khusyuk
Kuliah Subuh oleh Ustaz Akhwan Afandy
View all 16 photos...
28 September 2008, P.Jaya (AMAL) - Bulan Ramadhan adalah bulan untuk ummat islam berlumba-lumba membuat kebajikan dan amal soleh. Masyarakat di Kelana Jaya tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan untuk ummat Islam di kawasan pendalaman di Sabah yang kurang mendapat perhatian dari masyarakat luar. Hasil usaha Misi Dakwah ke Sabah oleh Ustaz Akhwan Afandy dan sahabat-sahabat dari Yayasan Amal Malaysia (AMAL) adalah tidak sia-sia. Dan ada usaha menjelaskan keadaan kehidupan khususnya ummat Islam di Sabah kepada masyarakat di Lembah Klang maka secara tidak langsung keinginan untuk membantu jelas kelihatan pada wajah masyarakat di sini.

Ustaz Akhwan telah memberikan tazkirah kuliah subuh di Masjid Al-Hidayah, SS3 Kelana Jaya atas jemputan pihak masjid melalui Sdr Azri, maka ramai jamaah masjid berpuashati dengan penjelasan serta pendedahan yang di buat oleh Ustaz Akhwan. Dengan bantuan tayangan multimedia jelas membuktikan usaha murni oleh delegasi AMAL ke Sabah adalah ikhlas untuk mambantu ummat Islam yang dhaif di sana. Menurut Ustaz Akhwan, ummat Islam di Sabah sangat memerlukan dakwah Islam bagi membolehkan mereka mempraktikkan serta melaksanakan tanggungjawab mereka kepada Allah swt.

Di samping itu, Tuan Hj Jamil serta Puan Hjh Puspa dari Kelana Jaya telah menyampaikan beberapa kotak besar berisi pakaian baru serta telekong untuk di sumbangkan kepada ummat Islam di Sabah. Pihak yang prihatin ini juga menyumbanagkan beberapa jumlah wang untuk tujuan tersebut. Semoga usaha serta keprihatinan tersebut dapat mengurangkan kedhaifan yang wujud di sana.

AMA2008


Care to comment?


Sunday, 21-Sep-2008 18:00 Email | Share | | Bookmark
AMAL Perlis ziarah rakyat Perlis yang dhaif

 
 
 
View all 21 photos...
21 September 2008, Kangar (AMAL) - Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perlis telah menganjurkan ziarah keluarga dhaif sempena bulan Ramadhan pada tahun ini. Semua Ahli Jawatankuasa AMAL Cawangan Perlis terlibat menjayakan program tersebut.

Care to comment?


Saturday, 20-Sep-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Ziarah & Majlis Berbuka Puasa di Rumah Anak Yatim Al-Munirah

Azri bergambar hadapan rumah anak2 yatim al-munirah
00:00
Hj Termizi sedang berucap
00:00
 
00:00
View all 24 photos...
20 Sep 2008, Klang (AMAL) - Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor bersama-sama Timbalan Presiden AMAL, Sdr Jamuliddin serta Wakil Pelajar UK, Dr Zakirah telah mengambil peluang menziarahi serta berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan miskin Al-Munirah, Johan Setia, Klang. Alhamdulillah, walaupun majlis yang ringkas di adakan di rumah tersebut namun hasrat pelajar-pelajar UK untuk berbakti untuk rumah anak-anak yatim termakbul. Wakil Pelajar dari UK, Dr Zakirah telah menyampaikan sumbangan kepada pihak pengurusan rumah anak yatim tersebut hasil kutipan sumbangan dari pelajar-pelajar Malaysia yang prihatin terhadap nasib serta masa hadapan anak-anak tersebut.

AMAL Cawangan Selangor adalah sebagai pengantara untuk membolehkan sumbangan tersebut menjadi kenyataan. Penyelaras majlis tersebut Sdr Jamuliddin Hj. Elias telah berusaha menghubungi pihak pengurusan supaya majlis serta ziarah tersebut dapat di adakan juga.

AMA2008

PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK2 YATIM DAN MISKIN AL-MUNIRAH
RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM & MISKIN AL-MUNIRAH

Rakan-rakan sekalian,

Sukacita dimaklumkan kepada kenalan-kenalanku semua bahawa sebuah rumah anak yatim yang dikenali sebagai "Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin AL-Munirah" yang terletak di Klang (seperti peta yang tertera diatas) amat memerlukan bantuan dari kita semua.

Saya difahamkan bahawa rumah anak yatim ini bukanlah dibawah naungan kerajaan negeri dan hanya dikelolakan oleh seorang hamba Allah yang baik hati dan sungguh mulia demi menjaga kebajikan anak-anak yatim piatu yang miskin dikawasannya. Keadaan mereka sungguh daif dan menyedihkan dan memerlukan bantuan orang ramai dengan seberapa segera agar kehidupan anak yatim tersebut tidak terabai dan dapat hidup seperti anak-anak yang lain. Menurut pengelola tempat tersebut, En. Jalil, sebelum ini sebuah syarikat swasta, TOSHIBA, telah bermurah hati untuk memberi sumbangan setiap bulan namun setelah syarikat tersebut menutup cawangannya di Malaysia, kini mereka terpaksa mengharapkan belas ihsan dari masyarakat untuk meneruskan kehidupan harian.

Kunjungan rakan-rakan saya baru-baru ini mendapati keadaan mereka sungguh menyedihkan, apatah lagi pengelolanya, En Mohd Jalil Marzuki (yang juga memiliki 7 orang anak) terpaksa mengelolakan 46 orang anak-anak yatim piatu termasuk menguruskan tempat tinggal, makan, pakaian dan sebagainya. Melalui perbualan telefon diantara En Jalil dengan saya pagi tadi, beliau memaklumkan bahawa setiap bulan rumah anak yatim tersebut memerlukan perbelanjaan sekitar RM25 ribu untuk menampung kos keperluan hidup (makanan dan sebagainya).

Dari sumber yang lain pula, saya difahamkan kadang-kala makanan mereka terpaksa dicatu kerana masalah kewangan.

Sehubungan dengan itu, jika sekiranya ada pihak yang ingin menghulurkan bantuan/derma/ sumbangan dalam apa jua bentuk, adalah amat dialu-alukan oleh beliau.

Berikut adalah butiran lanjut mengenai rumah anak yatim tersebut:-

Nama rumah : Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin AL-Munirah

Alamat : Lot 15772, Jalan Johan Setia, Off Jalan Langat,41200 Klang, Selangor Darul Ehsan

Pengelola : Mohd Jalil B Marzuki (Pembantu Am)

No Telefon : 03-3324 7758 atau 019-644 7949 (En Jalil)

No Faks : 03-3324 0906

Jumlah pelajar : 45 orang

[24 pelajar lelaki dan 21 pelajar perempuan (12 orang masih di peringkat sekolah rendah)]

Antara barangan yang diperlukan dan harapan mereka:-
1. Barangan keperluan harian (tolietries – sabun, berus gigi,ubat gigi dll.)

2. Makanan

3. Tuala wanita ( terdapat ramai pelajar wanita peringkat menengah)

4. Sarung cadar / bantal

5. Telekung / sejadah

6. Alat tulis (stationeries) untuk persekolahan

7. Langsir tingkap (agak penting kerana terdapat campuran pelajar)

8. Selimut

9. Tuala mandi

10. Penyangkut Baju

11. Selipar

12. Buku-buku rujukan (mungkin ada buku-buku lama yang hendak disedekahkan)

13. Komputer (terpakai pun takpe tapi masih elok)

14. Dan lain-lain (apa-apa jua yang difikirkan patut…terserah kepada anda….)

Harapan jangka panjang mereka ialah jika sekiranya mereka dapat membina sebuah dewan dan surau bagi kegunaan anak-anak yatim piatu dikawasan itu kerana buat masa ini saya difahamkan mereka bersembahyang didalam rumah kontena yang telah diubah suai.

Saya juga difahamkan bahawa kebanyakan komputer yang disumbangkan oleh masyarakat kepada mereka, semuanya tidak boleh diguna pakai (tu la perangai orang Malaysia, bagi tak ikhlas…..)..kesian kat budak-budak tu….baik tak yah bagi langsung…..

Saya amatlah berbesar hati jika sekiranya rakan-rakan sekalian dapat memanjangkan lagi email ini kepada kenalan-kenalan saudara/saudari atau pihak-pihak tertentu agar dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh anak-anak yatim ini (especially kawan-kawan aku yang kerja best-best tu…..) supaya mereka diberi peluang untuk hidup seperti orang lain dan tidak terabai.

Maaf, saya tidak dapat mengepilkan gambar-gambar mereka bersama email ini kerana setelah di "scan" kan, gambar yang keluar agak gelap dan tidak jelas, namun jika sekiranya rakan-rakan ingin juga melihat, boleh lah menghubungi saya.

Seandainya, saudara-saudari ingin menghulurkan sumbangan, boleh menghubungi terus En Jalil di talian tertera diatas atau memasukkan sumbangan anda ke akaun yang berikut:-

v Nombor akaun Bank Muamalat 12040001994715

v Nombor akaun Bank Islam 12-010-01-005674- 2

v No.akaun Maybank 562647201075

(segala sumbangan dikecualikan daripada cukai pendapatan RUJ:LHDN 01/35/42/51/ 179-6.5854)

Berbuka puasa dengan kurma
Bersyukur pada Yang Maha Kaya
Lemang dan rendang juadah utama
Tanpa ia tak berserilah raya
Fri 26-Sep-2008 08:23
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Add comment


Saturday, 16-Aug-2008 22:54 Email | Share | | Bookmark
Program Amal Merdeka 2008, Miri, Sarawak

Azri Mohamad Arish bersama AJK AMAL MIRI
Forum Remaja di Institut Latihan Perindustrian Miri
Di Dewan Suarah, Miri Sarawak
Alhamdulillah, kami wakil Yayasan Amal Malaysia Pusat berkesempatan hadir ke program amal merdeka 2008 anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak Unit Miri pada 16 & 17 Ogos 2008.

Terima kasih di atas jemputan kalian.

AMA2008

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.